Monday 31 December 2012

Two Zero One Three

...

Bunyinya dua kosong satu tiga.
0 0 3.

Mata pedih.
Kaki sakit.
Masa malam tonton gerak geri manusia
Aku salah seorangnya.

Selamat tahun baru.
Selamat buat azam baru.
Selamat 'renew' segala yg tak berapa nak baru.

Otak sakit
Ekstrak gerak laku manusia semalam.
Terhiburkah dgn borak kosong tak ada punca
Bertenangkah duduk berdua tak ada cahaya
Damaikah melonjak meneguk mcm org gila

Aku juga yg senyum.
Aku juga yg mendongak lihat bunga cahaya
Aku juga yg tak tidur bila masa.

Soalannya.
Perlukah kita lazimkan benda yang tak ada apa..??

::Aku::


apunglah, ini ruang illusi

minda ini terapung di ruang imaginasi-- tiada sempadan. 
tiada bersegi.
tiada bersimetri.
tiada batasan ruang. 
abstrak dan indah. 

ruang aku-- punya aku.

dunia di sini indah-- benar indah. 
penuh warna. biru. merah. kuning. 
ah, bilang saja apa warna. 
petik saja kata apa. 
pendek kata, ada semua.

di ruang dunia ini aku terapung--  terapung di ruang penuh warna, 
penuh ceria, 
penuh indah. 
kaki ini-- semakin lupa melangkah.

kerna ini-- ruang aku. aku bisa terapung. 
aku bebas.

wujudnya ruang itu cuma sementara-- beberapa menit, aku sadar-- jejak kakiku masih bertapak di bumi tuhan.

dan pabila aku,
kembali ke ruang realiti; 
tersadung jatuh-- aku sapu pasir di lutut. darah di lutut ku biar mengalir pedih. 
perjalanan, aku teruskan.
ku langgar redah--
semua onak.

ruang aku, aku tak mungkin tersadung-- kerna aku bisa terbang, terapung di ruang udara. 
hukum newton dipersetankan dalam ruang imaginasi aku.

*mind blockage*

................

...............

...............


aku mahu ruang imaginasi aku kekal-- sebagai realiti yang tidak puki.


deen

Thursday 27 December 2012

suara kecil



pada mereka,
aku seorang anak kecil yang melalak membisikkan kata-kata seorang gila
dimata mereka,
mereka lah yang gah! mereka punya kuasa! Bisa menindas orang kecil seperti aku ikut suka bapak dia;haramjadah.

akn ku kan buktikan mereka salah,satu hari nanti,
aku janji..
suara kecil itulah yang akan lantang bersuara.
orang kecil itulah yang akan duduk gah di mahkota tersenyum suka!
malah si kecil itu lah yang akan tersenyum melihat kebodohan dia,mereka yang memandang rendah akan dia pada satu ketika.''
-suara kecil,
ali abu


Tuesday 25 December 2012

ash

disiram tak usah,payah tidak untuk dijaga.
dilihat cantik ibarat tulin,tapi sekadar plastik;tak mati pabila ditarik dicarik.
begitu cinta kita.
Disiram tak payah,tak perlu sang suria.
hanya sekadar,
bunga plastik sahaja.


ali abu

bilangnya




kau bilang--
aku gila,
aku lemah,
aku perlukan cinta itu semula,
cinta itu bisa bikin aku bahagia

benar--
aku gila,
aku lemah,
aku perlu cinta,
cinta itu bisa bikin aku bahagia.

tapi--
gila aku tak susahkan kau,
lemah aku tak selemah kau,
cinta aku bukan untuk kau,
bahagia aku bukan bahagia kau.

kau dengar sini--
apa kau ingat aku masih mahukan sakit yang dahulu?
tak.
apa kau tahu rasa kecewa?
tak.

pergilah mati kau disana.
biarkan rasa aku mati sendiri.
jangan kau cuit memori dulu.
yang menanggungnya aku.
bukan kau.

.dnh

lisa uchi




"apabila tiada kan merasa susah
bila mati kan rasa gundah
nak menghargai tak susah.
yang penting hati,lihat diri.
wajarkah menghargai atau dihargai?
atau layak dibiar mati?''

Dua puluh dua disember,11.27malam.
-kata ali di ruang kata lisa uchi.

ali abu

Monday 24 December 2012

Introduksi Kami & Aku

Sebagai Kami.

Biar yang dipijak tak dijejak
Biar yang mendatang tak melintang
Biar yang terungkap tak tersingkap.

Biar kami tulis

Kami bukan persona
Kami bukan sesiapa

Biar kami tulis

Kata kata kami sekadar ikhlas
Kami tak mintak kau kau balas

Tiga jasad masih ada nyawa
Tiga manusia masih ada rasa
Tiga jiwa persembahkan cerita dunia
Tiga minda persembahkan cerita semua

Tak mampu bicara taipkan saja
Semoga tak kacau sesiapa
Kalau mahu, baca.
Kalau tidak, kami tak buat apa apa.

Sebagai aku.
Aku tak biasa. 
Cinta dalam hati dipupuk cuma
Bakat aku tak jelita.
Bolehlaa..sekadar ada.  


::Aku::